Adidas Sekali Lagi Bekerjasama Dengan Prada Bagi Model Luna Rossa 21
  • Written by: Azizi Rahman

Selepas berjaya dalam pelancaran model adidas Superstar, Prada dan Adidas sekali lagi bekerjasama melancarkan koleksi kasut terbaru kolaborasi mereka iaitu Luna Rossa 21.


Adidas mengambil kepakaran dari Prada bagi edisi kali ini dengan menampilkan gaya eksklusif. Rekaan yang menarik ini menjanjikan pemakaian yang selesa.


Prada x Adidas Luna Rossa 21 bakal dilancarkan pada 9 Disember ini secara eksklusif dengan harga $695 USD (RM2834).