Adidas Ultra Boost Tampil Sempena Filem Terkenal ‘James Bond’!

Adidas Original telah menghasilkan koleksi kasut Ultra Boost sempena filem terbaru James Bond 007: No Time to Die yang bakal ditayangkan pada November ini.


Dalam koleksi Ultra Boost kali ini, terdapat 5 pilihan model yang boleh dibeli peminatnya. Antaranya ialah 3 pilihan warna dari Ultra Boost 2020, Ultra Boost DNA dan Summer RDY. Setiap kasut didatangkan dengan signature James Bond pada bahagain kasut.


Kasut kolaborasi James Bond 007 x Adidas Ultra Boost 2020 bakal dilancarkan pada 29 Oktober ini di stor terpilih dan menerusi laman web adidas.com dengan tanda harga $200 (anggaran RM827++).