Adidas Y-3 Rhisu Run Hadir Dengan Warna ‘Trace Khaki’
  • Written by: Azizi Rahman

Adidas Y-3 Rhisu Run merupakan kasut yang diilhamkan dari sejarah kasut larian Adidas dari siri ZX. Kali ini ia hadir dengan warna ‘Trace Khaki’.


Sebagai kasut larian, Y-3 Rhisu Run menggunakan material mesh dan kulit yang ringan. Logo Y-3 turut disertakan pada bahagian lidah kasut. Selain itu, kasut ini menggunakan teknologi Boost yang melengkapkan ia sebagai salah satu kasut larian yang hebat.


Adidas Y-3 Rhisu Run dikatakan bakal dilancarkan tidak lama lagi menerusi laman web adidas.com dengan tanda harga $330 USD (anggaran RM1372++).