Adidas Yeezy 700 V3 ‘Safflower’ Menawan Hati Si Pemakai

Adidas Yeezy 700 V3 ‘Safflower’ merupakan koleksi warna terbaru buat Yeezy 700 V3.


Kali ini, ia di datangkan dengan warna kuning pada bahagian Primeknit dan dipadankan dengan warna putih dan hitam pada atas kasut. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan yang dilakukan pada kasut ini iaitu ianya menggunakan teknologi ’EVA foam’ yang menggantikan tapak ‘Boost’.


Adidas Yeezy 700 V3 ‘Safflower’ akan dilancarkan pada 14 November ini di stor-stor terpilih dan menerusi laman web rasmi adidas.com/Yeezy dengan tanda harga $200 USD (anggaran RM831++).