Air Jordan 1 High OG ‘Silver Toe’ Nampak Bergaya!
  • Written by: Azizi Rahman

Air Jordan 1 High OG ‘Silver Toe’ bakal dilancarkan pada tahun hadapan sebagai salah satu kasut Jordan untuk koleksi wanita.


Warna hitam, perak dan juga putih pada kasut ini menyerlahkan lagi gaya si pemakai. Selain itu, kasut ini dijangkakan bakal menggunakan material jenis kulit.


Air Jordan 1 High OG WMNS ‘Silver Toe’ dijangkakan bakal dilancarkan pada 12 Februari tahun hadapan di stor-stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan tanda harga $170 USD (anggaran RM708++).