Air Jordan 1 High OG ‘University Blue’ Akan Tiba Tak Lama Lagi!
  • Written by: Azizi Rahman

Air Jordan 1 High OG ‘University Blue’ menjadi salah satu koleksi Jordan yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.


Digayakan dengan warna putih, biru dan hitam, model ini menggunakan material kulit dan juga suede. Air Jordan 1 ini sungguh kemas dan juga bakal menarik perhatian ramai pada tahun hadapan.


Air Jordan 1 High OG ‘University Blue’ bakal dilancarkan pada 20 Februari tahun hadapan di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan harga $170 USD (anggaran RM691++).