Air Jordan 1 KO ‘Chicago’ Bakal Dilancarkan Tahun Depan!

Air Jordan 1 KO ‘Chicago’ bakal membuat kemunculan semula pada tahun 2021.


Kasut yang pertama kali dilancarkan pada 1986 dan kali terakhir dikeluarkan pada tahun 2014 bakal ditampilkan dengan warna rasmi iaitu campuran putih, hitam dan merah. Air Jordan 1 AJKO turut didatangkan dengan material kanvas berwarna putih dan merah serta sedikit sentuhan kulit berwarna hitam pada kolar kasut dan logo ‘Swoosh’ Selain itu juga, kasut ini hadir dengan logo ‘AJKO’.


Air Jordan 1 KO ‘Chicago’ dikatakn bakal dilancarkan pada tahun hadapan di stor terpilih dan menerusi laman web rasmi Nike.com dengan tanda harga $140 (anngaran RM579++).