Air Jordan 1 Low Tampil Dengan Warna Chicago!

Jordan sekali lagi bakal melancarkan tema Chicago Bulls pada kasut Air Jordan 1 Low tidak lama lagi,


Air Jordan 1 Low ini menerima sentuhan ‘Black Toe’ pada bahagian warna hadapan kasut dengan logo ‘Swoosh’ berwarna putih. Selain itu, warna merah pada bahagian sisi kasut melengkapkan lagi gaya kasut ini.


Air Jordan 1 Low ini bakal dilancarkan tidak lama lagi di stor-stor terpilih dan menerusi laman web rasmi Nike.com dengan harga $90 USD (anggaran RM373++).