Air Jordan 4 ‘Lightning’ Dikhabarkan Bakal Dilancar Semula Tahun 2021





Dilancarkan pertama kali pada tahun 2006, Air Jordan 4 ‘Lightning’ bakal dilancarkan kembali pada tahun 2021.


Walaupun masih belum ada foto rasmi bagi kasut yang bakal dilancarkan, namun Air Jordan 4 ‘Lightning’ kali ini dipercayai mempunyai persamaan seperti ianya dilancarkan buat pertama kalinya.


Air Jordan 4 ‘Lighting’ ini dikatakan bakal dilancarkan pada bulan Ogos 2021 di stor terpilih dan menerusi laman web rasmi Nike.com dengan tanda harga $190 (anggaran RM782++).