Air Jordan 4 ‘PSG’ Bakal Dilancarkan Oktober Ini!

Jordan bakal mengembangkan lagi kolaborasinya bersama kelab gergasi bola sepak Eropah, Paris Saint-Germain (PSG) tahun ini dengan melancarkan Air Jordan 4 ‘PSG'.


Warna putih serta sedikit kombinasi kelabu dan hitam ditambah dengan aksen bordeaux menyerikan lagi kasut edisi kali ini. Bukan itu saja, kasut ini turut dilabel bersama teks tulisan ‘PANAME’ di sisi kasut dan logo kelab bola sepak itu di bahagian belakang kasut.


Kasut ini bakal dilancarkan pada 10 Oktober di stor terpilih dan menerusi laman web rasmi NIke.com dengan tanda harga $225 USD (anggaran RM929++).