Air Jordan 4 ‘Taupe Haze’ Bakal Dilancarkan Lebih Awal Dari Jangkaan
  • Written by: Azizi Rahman

Air Jordan 4 ‘Taupe Haze’ merupakan warna terbaru yang bakal dilancarkan pada tahun 2021.


Warna ini mendapat sentuhan seakan-akan kulit kasut itu merekah supaya ianya nampak menarik. Seperti model Air Jordan 4 sebelum ini, kasut ini masih mengekalkan ciri-ciri asli model tersebut. Kombinasi campuran warna hitam dan putih dilihat mampu menonjolkan rekaan kasut ini.


Air Jordan 4 ‘Taupe Haze’ bakal dilancarkan pada 28 Januari ini di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan harga $200 USD (anggaran RM820++).