Alife Lancarkan Kasut Kolaborasi Besama Reebok Zig Kinetica!

Jenama terkenal dari New York, Alife telah berkolaborasi bersama Reebok bagi melancarkan kasut edisi khas Zig Kinetica.


Logo Alife yang menonjol pada bahagian kasut ini sangat menarik perhatian. Warna putih dan kuning mustard pada kasut lagi menyerlahkan gaya si pemakai. Selain itu, terdapat juga sentuhan warna biru dan merah pada kasut ini.


Alife x Reebok Zig Kinetica bakal dilancarkan pada 12 Oktober ini menerusi alifenewyork.com dan juga pada 16 Oktober menerusi Reebok.com dengan harga $130 USD (anggaran RM539++).