Bape x Undefeated x Adidas ZX 8000 Akan Tiba Tak Lama Lagi!
  • Written by: Azizi Rahman

Adidas Original bakal melancarkan model terbaru ZX 8000 sempena koleksi siri A-ZX. Model kali ini telah Adidas telah berkolaborasi bersama Bape dan juga Undefeated.


Bakal dilancarkan dalam warna hitam dan hijau, ZX 8000 kali ini didatangkan dengan corak camo yang merupakan corak simbolik bagi jena BAPE. Selain itu, terdapat juga tulisan jenama Undefeated yang berwarna emas menyerlahkan lagi gaya kasut ini. Logo kedua-dua jenama turut diletakkan pada lidah kasut.


BAPE x Undefeated x Adidas ZX 8000 ‘Black’ bakal dilancarkan pada 14 November ini di stor terpilih dan menerusi laman web adidas.com dengan harga $140 USD (anggaran RM579++). Manakala BAPE x Undefeated x Adidas ZX 8000 ‘Green’ hanya eksklusif di Undefeated dan BAPE.