Brain Dead Sekali Lagi Berkolaborasi Bersama Converse Chuck 70
  • Written by: Azizi Rahman

Brain Dead sekali lagi bekerjasama dengan Converse bagi menghasilkan koleksi kolaborasi Chuck 70 edisi istimewa.


Bagi model Chuck 70 kali ini, rekaan tapak telah diubah suai dan kelihatan lebih tinggi berbanding model sebelum ini. Selain itu, garisan pada tapak yang merupakan garisan simbolik Converse telah diubah suai dengan rekaan tidak selari. Terdapat dua pilihan warna bagi model ini iaitu warna hitam dan juga warna seakaan cetakan kulit lembu.


Brain Dead x Converse bakal dilancarkan pada 19 November ini di Wearebraindead.com, Converse.com dan juga stor terpilih. Walau bagaimanapun, Chuck 70 yang berwarna hitam hanya dilancarkan secara eksklusif di Dover Street Market.