Bulan Ini Nike Air Max 1 Hadir Dengan Warna ‘Lemonade’
  • Written by: Azizi Rahman

Nike bakal melancarkan semula model Air Max 1 ‘Lemonade’ pada penghujung bulan ini. Model ini merupakan model asal yang dilancarkan menerusi koleksi ‘Powerwall’ pada tahun 2006.


Kasut ini berwarna Lemonade, Hijau Pine dan putih. Model kali ini, Nike Air Max 1 bakal dilancarkan dengan rekaan yang asal seperti sebelum ini. Bahagian tepi kasut ini juga mempunyai elemen pantulan cahaya.


Nike Air Max 1 ‘Lemonade’ bakal dilancarkan pada 26 November ini di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan harga $140 USD (anggaran RM579++).