END & Asics Sekali Lagi Hasilkan Kasut Premium Buat Peminat!

Jenama pakaian terkemuka END sekali lagi berkolaborasi bersama ASICS bagi melancarkan kasut terbaru Gel Lyte III. Pada edisi kali ini ianya diinspirasikan dari permata.


ASICS Gel Lyte III menggunakan material premium daripada suede dan kulit. Warna ungu, putih dan kelabu yang memberi gambaran kepada permata menyerlahkan lagi gaya kasut ini.


END x ASICS Gel Lyte II ‘Pearl’ bakal dilancarkan pada 16 Oktober ini menerusi raffle di laman web END dengan tanda harga $160 USD (anggaran RM662++).