END x Adidas EVO 4D ‘Dune’ Bakal Membuat Kemunculan!
  • Written by: Azizi Rahman

END telah mendedahkan warna terbaru kasut kolaborasi mereka bersama Adidas iaitu ‘Dune’ bagi model Evo 4D.


END EVO 4D ini menggunakan material primeknit berwarna seakan-akan pasir gurun serta sedikit sentuhan suede. Selain itu, terdapat juga sentuhan moden pada kasut ini agar ianya tidak nampak terlalu klasik.


END x Adidas EVO 4D ‘Dune’ akan dilancarkan pada 23 Oktober ini secara raffle di laman web END. Harga bagi sepasang kasut ini ialah $275 USD (anggaran RM1145++).