G-Dragon & Nike Hasilkan PECEMINUSONE x Nike Air Force 1 ‘Para-Noise 2.0’ Bulan November Ini

Bintang K-pop G-Dragon sekali lagi bekerjasama dengan Nike untuk melancarkan model lain bagi PEACEMINUSONE Air Force 1 pada penghujung tahun 2020.


Untuk model kali ini, warna putih dan hitam menjadi pilihan. Sama seperti model Nike Air Force 1 yang terdahulu, ianya mempunyai lapisan yang boleh ditanggalkan pada bahagian atas bagi memaparkan karya seni G-Dragon. Bunga matahari yang berwarna hitam di bahagian lidah kasut dipadankan dengan swoosh Nike berwarna hitam menyempurnakan rekaan kasut putih ini.


PEACEMINUSONE x Nike Air Force 1 ‘Para-Noise 2.0’ boleh didapati mulai 25 November di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan tanda hara $200 USD (anggaran RM825).