Ganas! Pyer Moss dan Reebok Lancarkan ‘Experiment 4 Fury Trail Fresco’

Pengasas Pyer Moss, Kerby Jean-Raymond bakal melancarkan kasut Reebok Experiment 4 Fury Trail yang digelar ‘Fresco’.


Kasut ini dipadankan dengan warna putih, biru dan sedikit kemasan emas. Reka bentuk kasut ini sangat unik dan mampu menarik perhatian peminatnya yang tersendiri.


Pyer Moss x Reebok Experiment 4 Fury Trail ‘Fresco’ akan dilancarkan pada 17 Oktober ini menerusi stor-stor terpilih dan laman web rasmi Reebok.com dengan harga $250 USD (anggaran RM1035++).