Hari Anda Lebih Bermakna Bersama Bodega New Balance 997S ‘Better Days’

Selepas koleksi New Balance 997S Bodega ‘No Day Off’ dan ‘No Bad Days’ dilancarkan pada tahun 2019, satu lagi tambahan untuk koleksi ini bakal dilancarkan.


New Balance 997 ini menggunakan material campuran mesh, kulit dan suede. Warna yang kontra digunakan pada lidah kasuh menyerupai dengan Bodega 997S sebelum ini. Selain itu, ianya turut mengandungi sol kusyen ABZORB dan ENCAP.


Bodega x New Balance 997S ‘Better Days’ bakal dilancarkan 25 September ini menerusi laman web Bdgastore.com dengan tanda harga $160 USD (anggaran RM666++).