Kasut Larian Terpantas Adidas, Adizero Adios Pro Dengan Warna Baru
  • Written by: Azizi Rahman

Adidas memperkenalkan warna terbaru ‘Sunrise Bliss’ pada model kasut lariannya iaitu Adizero Adios Pro. Model kasut ini pernah terjual dalam masa 15 minit apabila buat kali pertama ianya dilancarkan.


Adidas Adizero Adios Pro menggunakan material karbon yang digelar EnergyRods pada bahagian tapak kasut bagi mengurangkan impak pada badan ketika berlari. Midsole kasut ini turut dilengkapi dengan dua lapis LightstrikePRO yang merupakan foam paling ringan dan juga memberi keselesaan pada pelari.


Adidas Adizero Adios Pro ‘Sunrise Bliss’ bakal dilancarkan pada 1 Disember ini di stor terpilih dan menerusi laman web adidas.com dengan harga $200 USD (anggaran RM817++).