Kasut Trail Adidas FYW Secant Hadir Dengan 2 Pilihan Warna

Dihasilkan untuk kegunaan lasak, Adidas FYW Secant diambil inspirasi dari kasut trail.


Material yang digunakan adalah campuran nylon, mesh dan juga kulit. Kasut ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu ‘Hyper Pop/Dash Grey’ dan ‘Semi Frozen Yellow/Clear Onix-Light Blue’.


Adidas FYW Secant akan tiba di pasaran pada 16 Oktober ini di stor-stor terpilih dan menerusi laman web adidas.com dengan harga $140 USD (anggaran RM579++)