Kemas & Menarik Untuk Model Levi’s x New Balance 992
  • Written by: Azizi Rahman

Dua jenama gergasi dari Amerika Syarikat, Levi’s dan New Balance telah bekerjasama bagi melancarkan model kasut terbaru mereka. Bagi edisi kali ini, model kasut yang menjadi pilihan mereka ialah model klasik 992.


New Balance 992 kali ini menggunakan material denim berwarna kelabu dan dipadankan dengan suede gelap bagi menyerlahkan lagi penampilan kasut ini. Kasut ini turut mengandungi elemen reflektif pada logo ’N’ dan sedikit di bahagian depan kasut. Selain itu, label merah rasmi dari Levi’s turut diletakkan pada logo ’N’ kasut ini bagi menampakkan lagi kerjasama dua pihat ini.


Levi’s x New Balance 992 bakal dilancarkan tak lama lagi di stor terpilih dan menerusi laman web rasmi NewBalance.com dengan harga $175 USD (anggaran RM713++).