Mantul Betul Nike Air Force 1 Ni!

Walaupun Air Force 1 kali ini tidak termasuk dalam koleksi 3M, ianya masih menggunakan material pantulan cahaya pada keseluruhan kasut.


Jika dilihat pada masa kasar, kasut ini didatangkan dengan warna krim pada keseluruhan kasut dan diserikan dengan tali berwarna putih. Namun, apabila dipancarkan cahaya pada kasut semasa gelap, kasut ini sungguh menyerlah dengan gaya pantulan cahaya pada keseluruhan kasut.


Nike Air Force 1 ‘Reflective’ ini bakal dilancarkan tidak lama lagi menerusi stor-stor terpilih dan laman web rasmi Nike.com.