Mesissen x Adidas ZX 10000 C Penuh Dengan Corak Bunga
  • Written by: Azizi Rahman

Koleksi A-ZX dari Adidas telah bekerjasama dengan Meissen bagi model terbaru mereka ZX 10000 C. Apa yang menarik tentang kasut ini ialah, Meissen merupakan bandar di Jerman yang hanya terletak beberapa jam dari ibu pejabat Adidas. Tambah lagi, adidas ZX 10000 C ini dibuat di Jerman.


Kasut ini berwarna putih dan diserikan bersama corak bunga pada bahagian atas kasut. Corak pada kasut ini sungguh cantik dan segalanya direka secara teliti.


Meissen x Adidas ZX 10000 C bakal dilancarkan pada 18 Disember ini bagi pasaran asia dan secara global beberapa hari selepas itu.