Model J Balvin x Air Jordan 1 ‘Colores Y Vibras’ Sungguh Unik
  • Written by: Azizi Rahman

Model kolaborsi antara J Balvin bersama Air Jordan 1 telah dilihat buat pertama kali ketika konsert Super Bowl LIV semasa dia membuat persembahan bersama Jennifer Lopez dan Shakira.


J Balvin merupakan artis Latin pertama yang berjaya berkolaborasi bersama Air Jordan 1. Bagi model ini, ia didatangkan dengan warna tie-dye yang menarik. Rekaan kasut ini sungguh unik apabila lidah kasutnya juga didedahkan seperti model Nike Blaze sebelum ini. Selain itu, pada sebelah kasut ini juga mempunyai logo Happy Face yang diletakkan pada lidah kasut itu.


J Balvin x Air Jordan 1 ‘Colores Y Vibras’ bakal dilancarkan pada 8 December ini di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan tanda harga $190 USD (anggaran RM778++).