New Balance 327 Tampil Dengan Warna Olimpik

New Balance akan melancarkan warna terbaru buat model 327 yang diilhamkan dari warna popular Olimpik negara USA.


Kasut ini didatangkan dengan material nylon berwarna biru gelap serta kulit berwarna putih melengkapkan imej kasut ini. Selain itu, logo ’N’ berwarna emas menyerlahkan lagi perwatakan kasut ini.


New Balance 327 ‘Olympic’ telah dilancarkan di Asia di stor terpilih dan menerusi laman web NewBalance.com.