New England Patriots Lancarkan Kasut Terbaru Nike Air Force 1 Ultra
  • Written by: Azizi Rahman

New England Patriots bakal melancarkan warna terbaru Nike Air Force 1 Ultraforce pada musim 20-21 NFL.


Nike Air Force kali ini berwarna putih dan logo Swoosh serta tali berwarna biru. Selain itu, kasut ini turut dilengkapi dengan tulisan mesej ‘We Are’ pada keliling kasut. Logo kumpulan Pat turut disulamkan pada bahagian lidah kasut dan di tumit belakang kasut.


Nike Air Force 1 Ultraforce ‘New England Patriots’ bakal dilancarkan tidak lama lagi di stor-stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan tanda harga $110 USD (anggaran RM456++).