Nike Air Force 1 ‘Sashiko’ Akan Tiba Tak Lama Lagi!
  • Written by: Azizi Rahman

Selepas berjaya melancarkan Air Jordan 4 SE ‘Sashiko’ pada tahun lepas, Nike sekali lagi bakal melancarkan edisi Sashiko untuk model Air Force 1. Untuk model kali ini, ianya diambil inspirasi dari jahitan tradisional Jepun.


Nike Air Force 1 ‘Sashiko’ ini menggunakan material kain bercorak dan juga gambungan suede pada bahagian Swoosh. Tulisan kanji jepun yang bermaksud ‘Just Do It’ turut diletakkan pada tapak kasut dan juga pada bahagian heel tab kasut ini.


Nike Air Force 1 ‘Sashiko’ dikatakan bakal dilancarkan tidak lama lagi di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com. Walau bagaimanapun, harga bagi kasut ini masih belum diketahui. Adakah ia sama seperti model Air Force 1 yang sebelum ini? Sama-sama nantikan.