Nike Air Force 1 Pula Hadir Menggunakan Bahan Kitar Semula

Selepas Nike melancarkan 3 model yang diperbuat daripada bahan kitar semula iaitu Air Max 1, Air Max 90 dan Air Max 95, Nike turut menambah koleksi itu dengan Air Force 1 Low.


Digayakan dengan warna putih, merah, kelabu dan hijau, Nike Air Force 1 kali ini menggunakan bahan kitar semula dalam proses penghasilannya.


Nike Air Force 1 Low ini dikatakan bakal dilancarkan tidak lama lagi di stor-stor terpilih dan menerusi laman web rasmi Nike.com dengan harga $110 USD (anggaran RM457++).