Nike Air Max 90 OG ‘Infrared’ Bakal Kembali Tak Lama Lagi!

Nike Air Max 90 ‘Infrared’ bakal kembali semula seperti dahulu kala pada tahun ini sempena ulang tahun ke-30 Air Max 90.


Model ikonik ini yang dilancarkan pada tahun 1990 dengan warna ‘Infrared’ sememangnya menjadi kegilaan peminat. Direka oleh Thinker Hatfield, kasut ini pada awalnya dikenali sebagai Air Max III.


Nike Air Max 90 OG ‘Infrared’ ini bakal dilancarkan semula pada 9 November ini di stor terpilih dan menerusi laman web rasmi Nike.com dengan harga $140 USD (RM580++).