Nike Air Max 97 ‘ACG’ Beri Kelaianan Dari Biasa

Seperti SB Dunk Low sebelum ini, Nike Air Max 97 turut diberi sentuhan daripada Nike Air Terra ACG yang dihasilkan pada tahun 1991.


Air Max 97 ‘ACG’ menggunakan material mesh berwarna hitam dan gabungan suede berwarna oren dan purple. Selain itu, kasut ini turut didatangkan dengan garisan reflektif 3M yang berwarna hitam menyerlahkan lagi gaya pemakaian seseorang itu.


Nike Air Max 97 ‘ACG’ ini bakal dilancarkan tidak lama lagi di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com.