Nike Dunk Low ‘UNLV’ Akan Tiba Tahun Depan!
  • Written by: Azizi Rahman

Pada tahun 1985, model Dunk High telah dilancarkan dalam warna putih sempena koleksi Nike ‘Be True To Your School’. Pada tahun 2021 pula, warna sempena ‘UNLV’ bakal dilancarkan kali ini dengan model Dunk Low.


Warna pada kasut ini adalah kombinasi warna merah, kelabu dan juga putih. Nike Dunk Low ini mewakili Universiti of Nevada, Las Vegas.


Nike Dunk Low ‘UNLV’ bakal dilancarkan pada tahun 2021. Namun tarikh rasmi pelancaran masih belum dapat diketahui. Harga bagi model ini dikatakan $100 USD (anggaran RM420++).