Nike Dunk Low SP ‘Thank You For Caring’ Akan Dilancarkan Januari Depan!
  • Written by: Azizi Rahman

Nike Sportswear bakal melancarkan warna terbaru buat model Dunk Low pada tahun 2021. Warna tersebut yang digelar ‘Thank You For Caring’ bakal dilancarkan pada Januari tahun hadapan.


Dipadankan dengan pelbagai campuran warna, Nike Dunk Low ini mempunyai karya seni dari potongan fabrik yang menarik. Selain itu, logo Nike Sportswear turut diletakkan pada lidah kasut.


Nike Dunk Low SP ‘Thank You For Caring’ bakal dilancarkan pada Januari tahun 2021 di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com.