Nike Failkan Saman Terhadap “Satan Shoes”
  • Written by: Azizi Rahman

Nike telah memfailkan saman terhadap MSCHF atas kesalahan melancarkan “Satan Shoes” hasil kolaborasi bersama Lil Nas X. Menurut Nike, mereka tidak ada kerjasama rasmi bersama Lil Nas X mahupun MSCHF. “Satan Shoe” dilancarkan tanpa pengesahan atau kebenaran Nike.


Tambah Nike lagi, “Satan Shoes” telah mengelirukan pengguna kerana ianya menggunakan model Air Max 97. Hal ini turut menimbulkan kekeliruan sama ada Nike telah bekerjasama dengan mereka dan turut mengakibatkan nama buruk jenama Nike. Nike turut menerima ancaman boikot dari pengguna kepada jenama itu selepas “Satan Shoes” ini dilancarkan. Selain itu juga, Nike mengatakan bahawa risiko pengguna turut diutamakan kerana midsole kasut tersebut telah diubah suai.


Walau bagaimanapun, Co-Founder MSCHF, Daniel Greenberg berkata, mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak melanggar undang-undang. Ini kerana mereka membeli sendiri kasut tersebut sebelum mengubah mengikut kretiviti seni mereka dan menjualkannya. Beliau turut menegaskan bahawa ianya 1000% sah.


Sumber: Complex