Nike Lancarkan Kasut Lari Yang Kalis Air!

Nike telah menggunakan material GORE-TEX ke atas 3 jenis kasut Nike Running yang membolehkan ianya kalis air. Kasut yang mendapat sentuhan ini ialah Nike Pegasus Trail 2, Nike Pegasus 37 dan juga Nike React Miler Shield.


Nike Pegasus Trail 2 GORE-TEX direka untuk membantu menahan cuaca yang ekstrem. Bahagian kasut ini menggunakan material GORE-TEX membantuk melindungi kaki dari kelembapan.


Manakala Nike Pegasus 37 Shield dan Nike React Miler Shield pula mempunyai corak outsole yang diilhamkan dari tayar kereta musim sejuk.


Koleksi kasut ini bakal dilancarkan pada bulan Oktober ini di stor-stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com.