Nike SB Dunk High ‘Doraemon’ Inspirasi Sempena Ulang Tahun Ke-50 Anime Ikonik Itu

Anime Jepun yang popular Doraemon tahun ini menyambut ulang tahun yang ke-50. Sempena itu, satu kolaborasi bersama Nike SB Dunk High bakal dilancarkan akan datang.


Material kulit yang berwarna putih digabungkan dengan suede berwarna biru dan dipadankan dengan swoosh berwarna serta sedikit sentuhan warna kuning memberi gambaran karakter kartun itu. Warna kuning yang terdapat pada kasut itu melambangkan loceng yang ada pada leher Doraemon.


Kasut Nike SB Dunk High ‘Doraemon’ telah dilancarkan pada 5 September di kedai skate ‘Orange Label’ dengan tanda harga $100 USD (anggaran RM410++). Manakala kasuti ini masih belum dilancarkan menerusi laman web Nike SNKRS.