Nike SB Dunk Low ‘Elephant’ Bakal Dilancarkan November Ini!

Nike SB akan melancarkan warna ‘Elephant’ terbaru buat kasut Dunk Low yang diambil inspirasi dari kasut Air Max 1 Atmos.


Warna kelabu, hitam, putih dan ‘clear jade’ dipadankan pada kasut edisi kali ini. Corak seakan kulit gajah diletakkan pada hampir keseluruhan kasut.


Nike SB Dunk Low ‘Elephant’ bakal dilancarkan November ini di kedai skate terpilih dan menerusi laman web Nike.com.