Nike SB Dunk Low “What The Paul” Menggabungkan Semua Kasut Paul Rodriguez!
  • Written by: Azizi Rahman

Selepas berjaya menghasilkan Nike SB Dunk High pada tahun lepas, Paul Rodriguez sekali lagi bakal bekerjasama dengan Nike SB dalam menghasilkan SB Dunk Low. 


Bagi edisi kali ini ia diberi nama “What The Paul” SB Dunk Low. Gaya mismatached digunakan bagi rekaan kali ini. Seluruh kasut tersebut dihasilkan dengan menggabungkan elemen-elemen kasut yang pernah dilancarkan oleh Nike dan Paul Rodriguez.


Nike SB Dunk Low “What The Paul” bakal dilancarkan pada 22 Mei ini di laman web Nike SNKRS dengan harga RM619.