Nike SB Dunk Low Muncul Dengan Warna ‘Wheat Mocha’
  • Written by: Azizi Rahman

Nike SB bakal melancarkan warna ‘Wheat Mocha’ pada kasut Dunk Low yang dijangkan bakal dilancarkan hujung tahun ini.


Edisi kali ini, Nike SB Dunk Low menggunakan material suede berwarna ‘wheat’ pada keseluruhan kasut. Tulisan Nike pula dipadankan dengan warna coklat gelap. Selain itu, kasut ini dilengkapkan dengan tapak jenis gum sole.


Nike SB Dunk Low ‘Wheat Mocha’ bakal dilancarkan penghujung tahun ini di kedai skate terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan tanda harga $100 USD (anggaran RM416++).