Nike Zoom Freak 2 ‘Dusty Amethyst\' Dilancarkan Bulan Ini!

Giannis Antetokounmpo bersama Nike akan melancarkan model terbaru Zoom Freak 2 yang digelar ‘Dusty Amethyst’.


Dipadankan dengan warna hitam, perak dan ‘Dusty Amethyst, Nike Zoom Freak 2 ini mempunyai logo ‘Swoosh’ yang besar serta sulaman berlogo Antetokounmpo di bahagian tumit kasut.


Nike Zoom Freak 2 ‘Dusty Amethyst’ akan dilancarkan pada 15 Oktober ini di stor-stor terpilih dan menerusi laman web rasmi Nike.com dengan harga $120 USD (anggaran RM498++).