Puma Lancarkan Koleksi ‘Elf’ Sempena Filem Klasik Will Ferrell
  • Written by: Azizi Rahman

Bagi menyambut filem klasik lakonan Will Ferrell, Puma bakal melancarkan koleksi ‘Elf’ pada bulan ini. Model kasut yang terdapat dalam koleksi ini ialah Clyde Mid dan juga Clyde All-Pro.


Setiap pasang kasut ini didatangkan dengan signature rasmi dari Elf yang merangkumi warna dan elemen ikonik yang diambil dari filem tersebut. Kolaborasi Puma x Elf ini turut didatangkan dengan koleksi pakaian.


Koleksi Puma Clyde ‘Elf’ ini bakal dilancarkan pada 19 November ini di stor terpilih dan menerusi laman web rasmi Puma.com dengan harga $80-$130 USD (anggaran RM329-RM534++).