Ramai Peminat Menanti Fragment Nike Dunk High \'City Pack\' 2021
  • Written by: Azizi Rahman

Hiroshi Fujiwara dan Nike bakal bekerjasama bagi menghasilkan koleksi Fragment Dunk High ‘City Pack’ pada tahun ini. Koleksi ‘City Pack’ pernah dilancarkan pada tahun 2010 yang lalu. Kemunculan kembali koleksi ini bakal membuat peminat ternanti-nantikannya.


Gambar hitam putih berkenaan kasut tersebut telah dimuat naik menerusi Instagram rasmi Hiroshi Fujiwara. Bakal kembali dengan warna yang melambangkan bandar-bandar seperti New York, Beijing dan London. Setiap pasang kasut berkenaan dilengkapi dengan logo ikonik Fragement yang diletakkan pada tumit kasut berkenaan.


Fragment x Nike Dunk High ‘City Pack’ bakal dilancarkan pada tahun ini di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan tanda harga $150 USD (anggaran RM600++).