Run DMC x Adidas Superstar Sempena Jam Master Jay
  • Written by: Azizi Rahman

Sempena ulang tahun ke-50 model Superstar, adidas telah mengeluarkan edisi khas sempena penghormatan Run DMC.


Edisi kali ini, adidas Superstar memberi penghormatan kepada Jam Master Jay. Kasut ini diberi warna hitam sepenuhnya dengan 3 jalur berwarna putih yang menjadi ikonik kasut ini. Selain itu, terdapat portait dan nama Jay Master Jay pada lidah kasut. Kasut ini turut dilengkapi logo Run DMC pada bahagian tepi kasut.


Run DMC x adidas Superstar ‘Jam Master Jay’ bakal dilancarkan pada 30 Oktober ini di stor-stor terpilih dan menerusi laman web adidas.com dengan harga 110 USD (anggaran RM495++).