Sacai Dengan Nike Blazer Low Pula!
  • Written by: Azizi Rahman

Selepas berjaya menghasilkan model Blazer Mid pada tahun lepas, Sacai sekali lagi berkolaborasi bersama Nike untuk melancarkan model terbaru Blazer Low.


Model kali ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Medium Grey/Classic Green-White’ dan ‘White/Magma Orange-White’. Model Blazer Low ini didatangkan dengan dua tali, lidah dan logo Swoosh.


Sacai x Nike Blazer Low ini bakal dilancarkan pada tahun hadapan di stor-stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com. Walaupun tarikh pelancaran masih belum diumumkan, tanda harga bagi model kali ini ialah $120 USD (anggaran RM500++).