Meriahkan Hari Anda Dengan Foot Locker!
  • Written by: Azizi Rahman



Tiada idea untuk berikan hadiah untuk rakan-rakan mahupun saudara-mara? Mahukan sesuatu yang lain dari lain? Apa kata singgah ke Foot Locker dan nikmati pelbagai pilihan kasut mahupun pakaian dari jenama terkemuka antarabangsa. Kami turut bawakan kepada anda 6 pasang kasut yang anda boleh jadikan hadiah kepada seseorang.


Antara kasut yang boleh didapati di Foot Locker ialah New Balance 327, Nike Lebron XVII, Air Jordan 5 Retro ‘What The’, Adidas X9000 4D, Nike Blazer Mid ’77 Vintage dan Jordan Delta. Lebih menarik lagi, kasut-kasut ini bukan sahaja boleh digunakan untuk melakukan aktiviti sukan, malah ianya masih boleh digayakan secara santai.


Selain dari pelbagai jenis kasut yang merangkumi model sukan mahupun streetwear, Foot Locker turut menawarkan pelbagai jenis pakaian. Tidak kira untuk dewasa mahupun kanak-kanak, Foot Locker ada semuanya.


Singgah ke Foot Locker berhampiran anda untuk mendapatkan koleksi terbaru dari mereka. Jika anda tinggal berjauhan dengan stor Foot Locker, jangan risau kerana mereka menawarkan perkhidmatan membeli-belah di atas talian. Anda hanya perlu layari laman web FootLocker.my dan mereka akan hantar barang pilihan anda di depan pintu rumah anda!