Simple Tapi Bergaya, Foto Rasmi Kith x Nike Air Force 1 ‘NYC’








Kolaborasi Kith dan Nike dilihat semakin berkembang selepas bakal melancarkan lagi dua warna buat Air Force 1 yang akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini.


Kasut ini mempunyai warna pada logo ‘Swoosh’ yang berbeza pada kedua-dua belah kasut. Warna 'Black/Team Orange-Black-Rush Blue’ pada sebelah kasut manakala warna ‘White/Rush Blue-White-Brilliant Orange’ pada sebelah lagi. Kedua dua ini mempunyai material kulit serta dipadankan dengan logo ‘Swoosh’ dari TPU. Tulisan Kith turut diletakkan pada lidah kasut dan sulaman ‘NYC’ di bahagian belakang.


Kith x Nike Air Force 1 Low ‘NYC’ ini bakal dilancarkan pada tahun ini di stor Kith dan menerusi laman web rasmi Kith.com.