Studio FY7 x New Balance Dilancarkan Pada Bulan Ini!

Younes Bendjima pengasas Studio FY7 bakal membuat satu kolaborasi baru bersama New Balance . Model New Balance 992 menjadi pilihan dengan mengambil inspirasi dari negara asalnya, Algeria serta diilhamkan dari sudut seni bina antarabangsa.


Menurut laman Instagram Studio FY7, suede pada kasut memberi gambaran warna serta bukit pasir yang berada di selatan Algeria manakala potongan bulat berwarna hitam melambangkan seni bina kuno Ghardaïa yang sangat mempengaruhi karya Le Corbusier.


Kasut ini akan membawa perwatakan sejarah yang bernilai kepada si pemakainya.


Studio FY7 x New Balance 992 ini bakal dilancarkan pada 22 Oktober ini eksklusif hanya menerusi laman web rasmi studio7.com.