Undefeated x Nike Air Max 97 Kali Ini Lebih Menarik!
  • Written by: Azizi Rahman

Undefeated dan Nike sekali lagi bekerjasama bagi menghasilkan koleksi Air Max 97 pada tahun ini.


Terdapat dua pilihan warna bagi model kali ini iaitu hijau dan hitam. Seperti model yang pernah dilancarkan pada tahun 2017, model kali ini turut mendapat sentuhan reflektif yang menggunakan material dari 3M.


Undefeated x Nike Air Max 97 bakal dilancarkan tidak lama lagi di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan harga $180 USD (anggaran RM732++).