Undercover x Nike Overbreak SP Akan Tiba Minggu Ini!
  • Written by: Azizi Rahman

Kolaborasi terbaru Nike dan Undercover untuk tahun 2021 akan menggunakan model Overbreak SP.


Hadir dengan 4 pilihan warna iaitu beige, hitam, merah/grey dan emas/hitam. Model ini menggunakan material mesh dan juga suede. Selain itu signature midsole yang tebal masih dikekalkan. Logo swoosh pada model ini turut disulamkan dengan bunga ros merah yang merupakan koleksi sukan dari Takahashi. Selain itu, tulisan “CHAOS” dan “BALANCE” turut diletakkan pada bahagian depan kasut.


Undercover x Nike Overbreak SP bakal dilancarkan secara global bermula 19 Februari ini di laman web Nike.com dan store.Undercoverism.com. Harga bagi model ini ialah RM659. Pasaran Malaysia bakal menerima dua warna sahaja setakat ini iaitu beige dan hitam.